Sony Telah Menjual Lebih 50 Juta Unit PlayStation 4 Sehingga Kini

Sony Telah Menjual Lebih 50 Juta Unit PlayStation 4 Sehingga Kini

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

Sony hari ini secara rasminya telah mengumumkan yang mana jualan konsol PlayStation 4 mereka telah pun melangkaui 50 juta unit diseluruh dunia. Dengan musim cuti dan penghujung tahun 2016 ini, angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

PlayStation 4 merupakan konsol terbaru daripada Sony, dan telah diperkenalkan secara rasminya pada penghujung 2013 yang lepas. Sejak ia diperkenalkan, Sony telah memperkenalkan satu kemaskini sehingga kini, dimana PlayStation 4 baru kini menyertakan rekaan yang sedikit nipis berbanding versi asal.

Selain itu, Sony juga telah memulakan penjualan set realiti-maya PlayStation VR, dan turut menawarkan konsol dengan sokongan 4K dinamakan PlayStation 4 Pro.


TIPS & ULASAN