Anda Boleh Memuat-Turun Assassin’s Creed 3 Secara Percuma Sekarang

Anda Boleh Memuat-Turun Assassin’s Creed 3 Secara Percuma Sekarang

Diterbitkan pada Dis 7, 2016 oleh .

Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan permainan Assassin’s Creed III secara percuma untuk bulan ini. Dan seperti dijanjikan, para pengguna seluruh dunia sudah boleh memuat-turunnya bermula hari ini.

Assassin's Creed

Ubisoft menawarkan permainan ini sebagai permainan percuma akhir untuk tahun 2016 ini. Ubisoft sebelum ini menawarkan satu permainan percuma setiap bulan bersempena dengan ulang-tahun ke-30 mereka.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Assassin’s Creed 3 versi PC ini dengan hanya mendaftar akaun Ubi, dan memuat-turun melalui aplikasi uplay. Mungkin anda boleh memainkannya hari ini, dan mendapatkan konsep permainan ini sebelum menonton filem Assassin’s Creed yang bakal menyusul pada penghujung bulan ini.

Muat-Turun Assassin’s Creed 3 melalui Uplay


TIPS & ULASAN