Carian
Telekom Malaysia Akan Memperkenalkan Pakej Streamyx Baru Menjelang Jun 2017
December 8, 2016 Aman

Pada Belanjawan 2017 lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan yang mana pakej internet untuk pengguna tempatan akan dinaik-taraf pada tahun hadapan. Lanjutan daripadanya, pihak Telekom Malaysia telah berkongsi lanjut, dan hari ini melalui halaman khusus yang disediakan Telekom Malaysia, mereka turut mengatakan bakal memperkenalkan pakej baru Streamyx pada Jun 2017 kelak.

Menurut Telekom Malaysia, hanya sekitar 100,000 pelanggan Streamyx yang akan berpeluang menaik-taraf ke pakej baru ini. Namun, apakah penawaran pakej baru masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Penaik-tarafan pakej ini perlu dilakukan melalui permohonan oleh pelanggan Streamyx sedia ada. Mereka yang sedia melanggan pakej 384kbps, 512kbps, 1M, 2M, 4M dan juga 8M dilihat akan berpeluang untuk menerima penaik-tarafan ini.

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia hanya mengumumkan penaik-tarafan untuk pengguna Unifi sahaja yang bakal diperkenalkan secara berperingkat bermula Januari 2017. Melaluinya, pengguna pakej Unifi Advance Plan 30 akan dinaik-taraf ke Unifi Advance 50, sementara pengguna pakej Advance 50 akan dinaik-taraf ke Pro Plan 100.

Komen