Apple Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu yang bukan sahaja ditawarkan untuk pengguna peranti iOS, tetapi juga Android. Terkini, pihak Apple melalui temuramah khusus bersama Billboard mengatakan Apple Music kini mempunyai sekitar 20 juta pelanggan berbayar.
Apple Music ditawarkan pada harga RM15 sebulan. Selain penawaran pelbagai lagu, Apple Music juga turut menawarkan radio atas-talian tersendiri mereka.
Pesaing Apple Music, seperti ramai sedia maklum adalah Spotify. Kali terakhir pihak Spotify berkongsi angka, mereka mengatakan terdapat lebih 100 juta pengguna Spotify, dan sekitar 40 juta daripadanya adalah pelanggan berbayar.
Bagi anda sendiri, adakah anda lebih meminati Apple Music, atau perkhidmatan lain seperti Spotify dan Joox?