Cari @ Amanz

Badan disebalik pembangunan piawaian Bluetooth sedia mengumumkan Bluetooth 5 sebelum ini dari segi spesifikasi dan penawaran. Selepas diumumkan beberapa bulan lepas, hari ini mereka melancarkan secara rasminya – dan memberikan petanda peranti pada 2017 kelak akan mula menggunakan piawaian terbaru ini.

Bluetooth 5 hadir dengan sokongan yang lebih pantas, dimana 2 kali ganda lebih pantas berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama, ia menawarkan jarak penggunaan sehingga 4 kali ganda Bluetooth 4.2 sebelum ini.

Bluetooth 5 juga berupaya memindahkan lebih banyak data – iaitu sehingga 8 kali ganda lebih banyak berbanding piawaian sebelum ini.

Piawaian terbaru ini dilihat lebih menyasarkan penggunaan peranti berhubung dan juga rumah pintar.

Dengan pengumuman piawaian baru ini, tidak mustahil untuk kita melihat pelbagai peranti flagship pada 2017 menyertakan Bluetooth 5 sebagai salah satu piawaian dan sokongan baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd