Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan aplikasi panggilan video satu-ke-satu yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Dinamakan sebagai Google Duo, kini nampaknya ia telah mencapai angka versi 5.0 – dan seperti biasa ditawarkan untuk Android dan iOS.

Google Duo

Melalui Google Duo 5.0, Google mengatakan mereka menawarkan penambah-baikkan kualiti video ketika panggilan, selain memudahkan lagi proses pendaftaran. Seperti ramai sedia maklum, Duo menggunakan pendaftaran menggunakan nombor telefon.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga dilihat Google dalam persiapan untuk membolehkan pengguna membuat panggilan audio sahaja melalui Duo – sekaligus menjimatkan lagi penggunaan data, serta menarik lebih ramai pengguna menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iOS, anda boleh memuat-turun dan mencuba Google Duo ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd