Samsung Galaxy A 2017 Kalis Air IP68 Dan Dilengkapi USB-C

Samsung Galaxy A 2017 Kalis Air IP68 Dan Dilengkapi USB-C

Diterbitkan pada Dis 8, 2016 oleh .

Peranti Samsung Galaxy A 2017 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Rekaan tiga peranti kelas pertengahan premium Samsung ini tertiris dan membawakan perubahan yang besar berbanding tahun lalu. Galaxy A3 2017, A5 2017 dan A7 2017 kesemuanya mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP68. Fungsi kalis ini selama ini hanya diberikan kepada peranti utama seperti Galaxy S7.

Selain daripada itu port pengecasan USB-C turut diberikan. Ini menjadikannya peranti pertama menggunakan USB-C sejak Note 7. Ketiga-tiga peranti akan dilengkapi kamera hadapan dan belakang sebesar 16-Megapixel. Sekilas pandang Galaxy A 2017 kelihatan seperti sebuah Galaxy S7 lengkap dengan sistem paparan Always On Display. Versi dengan skrin dwi-lengkung tidak pula kelihatan dan menidakkan ura-ura yang kami laporkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN