Pemproses Snapdragon 835 yang dihasilkan oleh Samsung dengan kerjasama Qualcomm menggunakan teknologi 10 nm. Kemampuan memproses dijangka meningkat sebanyak 27% dengan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 40%. Kemampuannya kini diketahui selepas markah penanda arasnya muncul pada laman Antutu.
Ia berjaya mencatatkan 181434 markah. Ini adalah lebih tinggi berbanding 172644 markah yang dicatatkan oleh pemproses Apple 10 sebelum ini. Berbeza dengan A10, Snapdragon 835 mempunyai lapan teras. Kemampuan memproses yang tinggi ini pastinya akan melancarkan lagi peranti.
Tetapi sebagai pengguna kami lebih berminat dengan penjimatan bateri. Apple iPhone 7 Plus masih lagi di tangga teratas dalam kategori ini kerana boleh berfungsi selama 27 Jam dengan skrin terpasang hampir 11 jam hanya berbekalkan bateri 2900 mAh.