Carian
Cip Snapdragon Akan Menyokong Windows 10 Bermula Tahun Hadapan
December 8, 2016 Effi Saharudin

Bermula tahun hadapan landskap peranti mudah alih akan berubah dengan mendadak. Di cara WinHEC 2016,  Microsoft menunjukkan demo Windows 10 yang dipasang pada peranti yang diperkasakan cip pemproses Snapdragon 820. Sebelum ini ia tidak boleh dilakukan kerana perbezaan cip ARM dan X86.

https://www.youtube.com/watch?v=A_GlGglbu1U

Percubaan sebelum ini menerusi Windows RT menemui kegagalan kerana aplikasi Windows sedia ada perlu menjalani perubahan yang besar sebelum boleh digunakan pada sistem operasi ini. Di dalam demo di atas aplikasi Photoshop dan World of Tank dilihat berfungsi dengan lancar. Pengumuman kerjasama Microsoft dan Qualcomm ini akan menghangatkan lagi spekulasi mengenai Surface Phone. Adakah ia akan dilengkapi pemproses Snapdragon 835 (yang kini paling berkuasa) dan menggunakan Windows 10 sepenuhnya dan bukan Windows 10 Mobile?

Komen