Smartduvet – Selimut Pintar Yang Melipat Secara Automatik

Smartduvet – Selimut Pintar Yang Melipat Secara Automatik

Diterbitkan pada Dis 8, 2016 oleh .

Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan kemudian pergi kerja. Tetapi sebelum ini kemaskan katil supaya bilik kelihatan seperti diduduki manusia dan bukannya haiwan tidak berdisiplin. Bagi mereka yang malas mengemas katil di pagi hari kini wujud selimut pintar Smartduvet.

Smartduvet boleh dikawal menggunakan aplikasi pintar. Dengan hanya menekan butang selimut di atas katil akan menutupi katil seperti di hotel. Rekaan dalaman Smartduvet mempunyai beg udara yang mengembang. Pam di bawah katil meniup udara ke dalam beg udara dan ini akan membuatkan ia kembali rata di atas permukaan katil. Selimut pintar ini masih mengumpul dana untuk penjualan secara komersial dan dijual pada harga $289 (~RM 1290) untuk katil bersaiz Queen.


TIPS & ULASAN