Cari @ Amanz

Peranti mudah alih dipercayai akan menjadi platform paling popular di masa hadapan menggantikan konsol sedia ada. Tidak mengejutkan Nintendo yang terkenal dengan konsol mereka kini mula menghasilkan permua (permainan mudah alih) pada peranti iOS. Konsol Nintendo Switch mereka pula boleh berubah dan dibawa kemana-mana.

Sony tidak ketinggalan untuk memasuki arena mudah alih selepas gagal beberapa tahun yang lalu dengan PlayStation Mobile.  Oleh sebab itu syarikat baru Sony ForwardWorks dibuka Mac lalu bagi menghasilkan permua untuk platform iOS dan Andfroid.

Tujuh permua baru akan mula dipasarkan bermula musim bunga 2017. Antara permua yang akan menemui peminat ialah Arc The Lad, Wild Arms, Everybody’s Go, What Did I Do to Deserve My Lord? , Parappa the Rapper, Doko Demo Issho dan Boku no Natsuyasumi. Kesemua permainan ini akan menemui peminat di Jepun terlebih dahulu sebelum dijual untuk pasaran antarabangsa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd