Cari @ Amanz

Webe pada hari ini menawarkan perkhidmatan telekomunikasi mereka untuk pengguna peranti mudah-alih, dimana mereka hadir dengan penawaran data tanpa had, termasuk panggilan dan juga SMS. Kini, selain daripada hanya untuk peranti mudah-alih, pihak Webe turut seperti memberikan petanda bakal menawarkan pakej khusus untuk pengguna di rumah.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini ketika P1, mereka sedia menawarkan modem khusus untuk pengguna di rumah – membolehkan ia dihubungkan lebih 5 peranti pada sesuatu masa, dan berkongsi talian sama. Sekiranya Webe menawarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar untuk rumah, berkemungkinan ia akan ditawarkan dalam konsep lebih kurang sama.

Webe Home

Pada acara khusus yang diadakan hari ini, Webe turut memperlihatkan penggunaan rangkaian mereka untuk penstriman video di televisyen dan juga memainkan permainan PlayStation menggunakan talian Webe. Ia seperti lebih memperkukuhkan mereka bakal mengumumkan sesuatu berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Seperti biasa, pelbagai perkara mungkin perlu diambil-kira oleh Webe sebelum memperkenalkannya, termasuk mengambil kira kepentingan pihak Telekom Malaysia sendiri.

Sekiranya Webe menawarkan pakej jalur lebar tanpa wayar dengan pakej tanpa had untuk pengguna rumah, adakah anda akan memilihnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd