Cari @ Amanz

Canon pada pertengahan tahun ini telah mengumumkan pelbagai siri kamera mereka dalam keluarga DSLR dan juga keluarga asas. Pada hari ini mereka telah mengumumkan kamera baru dalam keluarga EOS M iaitu EOS M5.

Keluarga EOS M merupakan keluarga kamera Mirrorless dari Canon, dan versi terbaru EOS M5 hadir dalam saiz yang kecil namun tidak mengorbankan prestasi. Ia mempunyai keupayaan menghampiri kamera DSLR, dan hadir dengan pelbagai fungsi dan teknologi terkini dari Canon.

Sensor pengimejan yang terdapat pada EOS M5 adalah 24.2 MP APS-C Dual Pixel CMOS AF DiGiC 7. Sensor baru ini juga membolehkan pemfokusan dilakukan dengan pantas. Dari segi sokongan lensa yang boleh digunakan, ia menggunakan EF-M dan boleh disesuaikan dengan lensa EF dan EF-S menggunakan penyesuai EF-EOS M.

Pertama kalinya pada siri EOS M, EOS M5 menyertakan Electronic Viewfinder berbeza dengan model-model terdahulu. Dengan paparan skrin sentuh yang fleksibel, pengguna juga boleh memfokus dan menyeret titik pemfokusan sewaktu mengoperasikan kamera ini.

Satu lagi fungsi terkini yang disertakan pada kamera ini termasuklah penstabilan sewaktu rakaman secara optikal menerusi lensa IS dan juga penstabilan secara digital yang telah ditambah baik. Ia juga turut menyokong rakamam video secara Timelapse dan boleh merakam video HD penuh 1080p 60fps.

Kamera EOS M5 dengan fungsi NFC dan Bluetooth ini akan ditawarkan pada tiga pakej. Badan kamera EOS M5 sahaja akan dijual pada harga RM 4,699 manakala EOS M5 dengan lensa EF-M 15-45mm dijual pada harga RM 5,199. Kedua-dua pakej ini boleh dipra-tempah dan akan diperoleh menjelang akhir Disember. Satu lagi pakej adalah EOS M5 dengan lensa EF-M 18-150mm dijual pada harga RM 6,399 dan hanya akan tersedia pada pertengahan bulan Januari 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd