Cari @ Amanz

Samsung Electronics dijangka akan mereka telefon pintar dengan penggunaan skrin sepenuhnya pada bahagian hadapan, dan membuang butang Home fizikal pada bahagian hadapan.

Ia dikatakan akan menggunakan rekaan paparan tanpa-bezel, sekaligus menawarkan paparan yang lebih besar. Selain itu, butang Home maya akan diintegrasikan pada kaca skrin dibahagian bawaha. Telefon pintar baru ini akan hadir menggunakan paparan menggunakan teknologi diod pemancar cahaya.

Samsung melalui Galaxy S8 perlu menjadikannya salah satu telefon pintar yang berjaya, apatah lagi dengan Galaxy Note 7 yang menghadapi masalah serta memberikan kesan terhadapn jenama Samsung sendiri.

Samsung menyasarkan untuk memperkenalkan peranti ini pada bulan Mac, tetapi terdapat kemungkinan ia ditangguhkan sehingga April. Samsung untuk Galaxy S8 ini juga turut diperkatakan sedang melakukan ujian kualiti yang lebih ketat, membuatkan pelancaran peranti berkenaan mungkin ditangguhkan sediikit.

Selain daripada skrin, Samsung melalui Galaxy S8 dijangka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan juga cip Exynos mereka tersendiri. Seperti sebelum ini, berkemungkinan kita akan melihat penggunaan cip pada peranti bergantung kepada sesuatu pasaran tersebut sendiri.

Samsung juga turut merancang untuk memperkenalkan pembantu digital yang dinaik-taraf, membolehkan pengguna membuat panggilan suara, menghantar teks, menetapkan temujanji dan sebagainya menggunakan arahan suara. Samsung sebelum ini telah mengambil-alih syarikat kecerdasan buatan Viv – yang mana diasaskan oleh pembangun Apple Siri.

Pada masa yang sama, Samsung turut dikatakan merancang untuk membatalkan penyertaan kamera dwi-lensa pada Galaxy S8 disebabkan oleh kos pengeluaran yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd