Cari @ Amanz

Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih satu lagi perkhidmatan penstriman audio, iaitu SoundCloud. Namun, kini, mengikut laporan TechCrunch, Spotify dikatakan tidak lagi berminat untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan buat masa ini.

Spotify sebelum ini telah berbincang dengan SoundCloud untuk mengambil-alihnya, sekaligus membolehkan pihak Spotify sendiri menambah penawaran kandungan berbentuk podcast, selain lagu-lagu dan muzik daripada penyanyi bebas.

Spotify dikatakan tidak lagi meneruskan perbincangan bersama SoundCloud buat masa ini kerana tidak ingin menambah masalah perlesenan untuk tahun 2017 kelak – apatah lagi memandangkan beberapa desas-desus mengatakan mereka ingin menyenaraikan syarikat di bursa saham.

Seperti kebiasaan, kedua-dua pihak, Spotify dan SoundCloud tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd