Permua Bully Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS
Artikel Berkaitan

Permua Bully Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 9, 2016 oleh .

Studio RockStar Games banyak menghasilkan permainan yang dikategorikan sebagai terbaik di dalam genrenya. Bully ialah permainan simulasi sekolah berasrama penuh lengkap dengan masalah pembuli di kalangan pelajar senior. Kali pertama hadir di PlayStation 2 pada tahun 2006.Sempena ulang tahun ke-10 pelancarannya, permainan ini kini hadir pada peranti mudah alih.

Bully Anniversay Edition boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS bermula hari ini. Anda boleh kembali mengawal Jimmy Hopkins selama setahun di Bullworth. Versi ini adalah peningkatan dari versi Scholarship Edition dan menyokong permainan bersama rakan secara atas talian. Pada platform Android anda memerlukan peranti dengan Android 4.0 ke atas manakala pada iOS anda memerlukan sekurang-kurangnya iOS 9.

Muat turun Bully Anniversary Edition dari Google Play Store

Muat turun Bully Anniversary Edition dari Apple App Store


TIPS & ULASAN