Cari @ Amanz

Selebriti YouTube terkaya 2016 PewDiePie berjanji untuk memadam akaun YouTube beliau sekiranya menerima 50 Juta pengikut. Angka keramat ini akhirnya dicapai pagi tadi dan nampaknya beliau serius akan melakukannya. Di dalam beberapa siri Tweet yang dihantar sebentar tadi PewDiePie, atau nama sebenar Felix Kjellberg mengumumkan akaun akan dipadam pada jam 5 petang GMT. Ini bersamaan dengan jam 1 pagi esok.

Beliau menambah akaun baru akan dibuka dan ia seperti memulakan permainan baru New Game Plus. Antara sebab akaun dimatikan ialah kerana beliau mendakwa jumlah pengikut beliau turun naik secara mendadak sejak kebelakangan ini. Pihak YouTube mengatakan ini ialah normal kerana mereka membuang akaun yang disyaki Bot dan palsu. Pada waktu yang sama jumlah penonton yang semakin berkurangan juga membuatkan PewDiePie mahu memulakan “permainan” baru.

Apa yang dilakukan beliau ini agak gila kerana beliau bukan sahaja YouTuber terkaya malah yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai.Ramai yang menantikan jam 1 pagi esok untuk melihat sama ada beliau benar-benar akan melakukannya atau hanya sekadar gimik untuk mendapatkan perhatian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd