Cari @ Amanz

Apabila menggunakan khidmat perayauan ketika di luar negara, perkara yang selalu kami fikirkan beberapa kali ialah melakukan panggilan telefon.Bayaran melakukan panggilan suara dan SMS adalah amat tinggi jika dibandingkan dengan harga asal di Malaysia.Kita bernasib baik kini terdapat banyak alternatif dua perkhidmatan ini kerana wujudnya aplikasi seperti WhatsApp dan Allo. Tetapi sekiranya anda masih memerlukan SMS dan panggilan suara, kini wujud pakej Celcom Passport.

Dengan bayaran RM 138, pelanggan FIRST Blue, FIRST Gold, FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum boleh melakukan perayauan selama tujuh hari dan menikmati panggilan suara serta SMS tanpa had di 30 buah negara. Perkhidmatan data dengan kuota data 3 Gigabyte turut disertakan. Dengan bayaran RM 18 pula pelanggan boleh melayari Internet, panggilan suara serta SMS tanpa had di 8 negara ASEAN kecuali Vietnam. Akhir sekali ialah pakej RM 38 sehari untuk melayari Internet, panggilan suara dan SMS tanpa had di 165 buah negara.

Penawaran pakej-pakej di atas ialah bagi mengelakkan kejutan bil yang biasanya berlaku selepas pulang dari perantauan. Untuk maklumat lanjut sila layarai laman Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd