Cari @ Amanz

Maxis melalui perkhidmatan prabayar mereka, Hotlink sedia menawarkan pelan FAST. Melaluinya, mereka menawarkan data percuma sebanyak 8GB setiap bulan yang ditawarkan pada setiap penghujung minggu. Kini, selain daripada hanya data percuma, pihak Maxis turut menambah penawaran panggilan percuma kepapda 5 rakan melalui Hotlink Friendz.

Hotlink Fast

Hotlink Friendz ini adalah salah satu penambahan baru untuk pelanggan Hotlink Fast. Walaubagaimanapun, ia hanya kepada mereka yang membuat pengaktifan bermula 8 Disember 2016. Bagi pelanggan sedia ada di Hotlink Fast, anda perlu menaik-taraf pelan dengan mendail *100*6*1#.

Melalui Hotlink Friendz ini, ia menawarkan panggilan percuma kepada 5 nombor pertama – yang turut menggunakan talian Maxis atau Hotlink. Seperti biasa, pengguna perlu menambah nombor telefon 5 rakan berkenaan dengan mendail *100*3*3# selepas mengaktifkan pelan ini.

Untuk 5 nombor ini juga, kadar SMS adalah serendah 1 sen untuk setiap SMS.

Panggilan percuma ini diterhadkan kepada 1000 minit setiap bulan, dan sekiranya pengguna menggunakan lebih daripada itu, ia akan dikenakan caj sebanyak 15 sen seminit. Mengaktifkan Hotlink Friendz juga akan mematikan tetapan Activ10 sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd