Samsung Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia – Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka

Samsung Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia – Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka

Diterbitkan pada Dis 10, 2016 oleh .

Samsung Malaysia kini telah pun mula menawarkan perkhidmatan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih, iaitu Samsung Pay untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, dan hanya eksklusif untuk pemegang kad Maybank sahaja.

Samsung mengatakan pemegang kad Maybank akan ditawarkan akses eksklusif untuk Samsung Pay antara hari ini sehingga ke 31 Disember 2016 kelak. Berkemungkinan kita akan melihat ia ditawarkan untuk pengguna kad perbankan lain selepas tempoh tersebut.

Samsung Pay

Melalui Samsung Pay, ia menggunakan sokongan MST dan NFC, membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar pada pelbagai terminal yang digunakan di seluruh negara.

Untuk menggunakannya, seperti biasa, pengguna perlu menambah kad kredit atau debit atau prabayar pada Samsung Pay. Kemudiannya, ia boleh digunakan untuk pembayaran dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Buat masa ini, Samsung Pay menyokong peranti Samsung Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy A7 (2016) dan Galaxy A5 (2016).

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat di laman Samsung Pay, dan mula menggunakan telefon pintar anda untuk membuat pembayaran selepas ini.

Layari : Samsung Pay


TIPS & ULASAN