Kemas kini Android 7.1.1 mula diterima oleh peranti Pixel dan Nexus minggu ini. Pengguna Nexus 6P di Malaysia menerimanya semalam. Majoriti peranti pengeluar lain masih ternanti-nantikan kemas kini Android 7.0.
Samsung mengumumkan mereka akan melangkau kemas kini 7.0 dan terus memberikan 7.1.1 kepada peranti mereka seawal bulan hadapan. Ini kali pertama Samsung melangkau kemas kini dan terus ke versi yang lebih terkini. Dengan Android 7.1.1 akhirnya peranti Samsung akan menyokong fungsi dwi-tap untuk menghidupkan skrin yang sudah menjadi standard majoriti peranti Marshmallow di pasaran sekarang.