Cari @ Amanz

Permua Super Mario Run akan dilancarkan 15 Disember hadapan pada platform iOS terlebih dahulu. Ia adalah percubaan Nintendo di dalam arena permua dan dijangka menerima sambutan yang hangat seperti Pokemon Go. Kepada yang mahu membelinya anda perlu tahu ia memerlukan sambungan Internet sepanjang masa untuk dimainkan.

Super Mario Run

Di dalam temuramah bersama Mashable, Shigeru Miyamoto mengesahkan keperluan sambungan inter sepanjang masa ini. Ini adalah langkah yang diambil oleh Nintendo bagi mengelakkan cetak rompak yang berleluasa di atas platform peranti pintar. Super Mario Run akan dilancarkan serentak di 150 buah negara tidak berperingkat seperti Pokemon Go.

Diharap masalah gagal bersambung kepada pelayan Nintendo tidak akan berlaku sehingga pembeli (ini bukan permainan percuma) aplikasi ini tidak akan terhalang dari bermain. Kepada pemilik peranti Android pula, ia akan hadir di masa hadapan tetapi Nintendo enggan memberikan tarikh pelancarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd