Cari @ Amanz

Realiti maya ialah percaturan seterusnya dunia teknologi selepas kegagalan teknologi 3D. Pelbagai peranti realiti maya dihasilkan oleh Samsung, HTC, Oculus, Google dan Microsoft. Daydream ialah peranti realiti maya yang dihasilkan oleh Google dan aplikasi khas menonton Netflix di dalam dunia maya telah dilancarkan.

Netflix VR memberikan pengalaman menonton siri TV dan filem di dalam ruang tamu maya. Kini anda boleh menonton ratusan video tanpa gangguan luaran. Buat masa ini aplikasi ini hanya menyokong peranti yang boleh menggunakan Daydream.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd