Malwarebytes 3.0 Dilancarkan – Ingin Menggantikan Antivirus Pada Komputer Anda

Malwarebytes 3.0 Dilancarkan – Ingin Menggantikan Antivirus Pada Komputer Anda

Diterbitkan pada Dis 12, 2016 oleh .

Malwarebytes adalah salah satu perisian yang memudahkan pengguna dalam mengatasi pelbagai masalah virus dan malware. Terkini, pembangunnya telah memperkenalkan versi generasi ketiga perisian mereka, dan melaluinya, Malwarebytes mengatakan ia mampu menggantikan perisian antivirus tradisional pada komputer.

Malwarebytes

Malwarebytes seperti biasa, hadir dengan sokongan anti-malware dan juga anti-spyware untuk versi percuma. Tetapi untuk versi berbayar, mereka kini menyediakan sokongan perlindungan masa-nyata seperti perisian antivirus lain, sokongan anti-ransomware, dan beberapa penambahan yang lain.

Bagi pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu, Malwarebytes menawarkan fungsi premium secara percuma selama 14 hari.

Muat-Turun Malwarebytes 3.0


TIPS & ULASAN