Microsoft Akan Mula Mengintegrasikan LinkedIn Pada Pelbagai Produk Mereka

Microsoft Akan Mula Mengintegrasikan LinkedIn Pada Pelbagai Produk Mereka

Diterbitkan pada Dis 12, 2016 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan laman sosial untuk golongan pekerja dan profesional, iaitu LinkedIn. Kini, dengan menerima kelulusan daripada pelbagai pihak berkuasa, Satya Nadella sedia berkongsi perancangan Microsoft dalam mengintegrasikan perkhidmatan LinkedIn pada produk mereka.

Microsoft LinkedIn

Melalui apa yang dikongsikan, Microsoft merancang untuk mengintegrasikan LinkedIn bukan sahaja pada perkhidmatan pejabat mereka, tetapi juga pada sistem operasi mereka tersendiri, Windows.

Antara perancangan pihak Microsoft adalah termasuk:

  • Integrasi identiti dan rangkaian LinkedIn pada Microsoft Outlook dan Office.
  • Notifikasi LinkedIn pada Windows Action Center.
  • Membolehkan pengguna draf resume pada Word untuk mengemaskini profil, dan memudahkan proses memohon kerja.
  • LinkedIn Learning ditawarkan untuk ekosistem Office 365.
  • …dan beberapa penyertaan dan integrasi dalam arena perusahaan.

TIPS & ULASAN