Cari @ Amanz

Watch Dogs 2 ialah permainan yang sedang kami mainkan sempena cuti panjang empat hari bermula Sabtu lalu. Ia sedang dalam proses diulas oleh kami dan setakat ini ia jauh lebih baik berbanding Watch Dogs asal yang hadir pada tahun 2014.

Seperti permainan asal, Watch Dogs 2 turut dilanda beberapa masalah pepijat. Masalah ini menyebabkan sistem multiplayer atas talian terpaksa dinayahaktifkan. Ubisoft menghabiskan banyak masa bagi menyelesaikan masalah ini sehingga DLC T-Bone yang sepatutnya hadir 13 Disember ini ditangguhkan ke 22 Disember pada konsol PlayStation 4. Ubisoft turut mengesahkan kemas kini ke versi 1.06 yang kini boleh dimuat turun akan menstabilkan lagi fungsi multiplayer. Bagi pengguna Xbox One dan PC, DLC ini hanya akan hadir tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd