Pengguna Android Kini Boleh Memuat Naik Video HD Ke Facebook

Pengguna Android Kini Boleh Memuat Naik Video HD Ke Facebook

Diterbitkan pada Dis 12, 2016 oleh .

Video berdefinasi tinggi kini ialah keperluan bukan lagi pilihan. Menonton rancangan TV bukan satelit pada televisyen dengan skrin 1080P boleh menyakitkan mata. Jelas sekali resolusi standard SD yang digunakan sejak berpuluh tahun sepatutnya tidak lagi digunakan. Tetapi aneh sekali pada aplikasi peranti pintar Android, sokongan muat naik video pada resolusi tinggi HD hanya baru diaktifkan.

Fungsi ini sudahpun disokong pada peranti iOS sejak dua tahun yang lalu. Kini pengguna Android juga boleh memuat naik video tular yang lebih sedap mata memandang. Ia mual diperkenalkan secara berperingkat sejak sebulan yang lalu. Ia tidak diaktifkan secara automatik dan perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna menerusi skrin tetapan aplikasi. Selamat memuat naik video beresolusi tinggi kepada pengguna Android.


TIPS & ULASAN