Harga Jualan iPhone Generasi Pertama Mencecah Hampir RM 110000 Di Ebay

Harga Jualan iPhone Generasi Pertama Mencecah Hampir RM 110000 Di Ebay

Diterbitkan pada Dis 12, 2016 oleh .

Apabila dilancarkan pada tahun 2007, iPhone ialah alat elektronik yang menggabungkan sebuah telefon, komputer mini dan pemain muzik kesemuanya di dalam peranti sebesar telapak tangan. Kewujudannya pada awalnya menjadi bahan ketawa kerana dikatakan terlalu mahal iaitu sekitar $600. Harga jualan iPhone generasi pertama ini boleh dianggap murah apabila dibandingkan dengan harga jualannya di laman eBay sekarang.

iPhone generasi pertama yang masih di dalam kotak yang tidak pernah dibuka kini dilelong pada harga hampir $25 ribu sebuah. Bagi pengumpul barangan Apple. iPhone ini boleh dimasukkan ke dalam koleksi dan menjadi pelaburan masa hadapan.

Tidak seperti peranti elektronik jenama lain, barangan keluaran Apple meningkat nilainya jika disimpan dengan baik. Pada tahun 2014 sebuah Apple I yang dibina sendiri oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak berjaya mencapai harga lelongan RM 2.9 Juta.


TIPS & ULASAN