Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah berkongsi sedikit kemaskini berkaitan perkembangan syarikat mereka, dan jualan Surface baru yang telah diperkenalkan baru-baru ini. Menurut Microsoft, lebih ramai pengguna beralih dari Mac ke Surface akhir-akhir ini berbanding dengan sebelumnya.

Microsoft mengatakan salah satu sebabnya adalah kerana kekecewaan terhadap MacBook Pro baru berbanding dengan inovasi pada Surface untuk golonan profesional, selain penawaran program tukar-ganti MacBook ke Surface yang ditawarkan Microsoft.

Walaubagaimanapun, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang angka jualan Surface mereka buat masa ini.

Buat masa ini, Surface Book dan Surface Studio hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan masih belum memasuki rantau Asia Pasifik lagi. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Microsoft akan menawarkannya. Berbanding dengan Microsoft, produk Apple baru telah pun mula ditawarkan di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd