Facebook Akan Memperkenalkan Sokongan Siaran Langsung Video 360-Darjah Pada 2017

Facebook Akan Memperkenalkan Sokongan Siaran Langsung Video 360-Darjah Pada 2017

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Facebook melalui platform siaran langsung Facebook Live mereka sedia menarik pengguna yang ramai dari seluruh dunia. Terkini, supaya tidak ketinggalan berbanding YouTube, pihak Facebook turut mengumumkan mereka akan mula menyokong siaran langsung video dalam format 360-darjah tidak lama lagi.

Menurut Facebook, semua profil dan Pages dijangka dapat mengakses Live API untuk video 360-darjah ini pada 2017 kelak.

Facebook Live 360

Seperti biasa, dengan siaran langsung pengguna sedia dapat berinteraksi dalam keadaan masa-nyata. Dan penawaran video 360-darjah ini akan memberikan interaksi yang lebih baik memandangkan pengguna boleh melihat daripada pelbagai sudut pada masa yang sama dengan penyiar dan rakan-rakan lain.

Sebagai percubaan untuknya, Facebook akan bekerjasama dengan National Geographic dan membuat siaran khusus dalam bentuk 360-darjah pada 13 Disember kelak.


TIPS & ULASAN