Cari @ Amanz

Google telah memperkenalkan papan kekunci khusus dinamakan GBoard untuk pengguna iPhone dan iPad beberapa bulan sebelum ini. Sejak diperkenalkan, ia telah menerima pelbagai maklumbalas positif daripada para pengguna. Kini, sebelum mengakhiri tahun 2016, pihak Google akhirnya membawa GBoard ke platform Android.

Gboard ini akan hadir untuk semua pengguna Google Keyboard sedia ada, dan pengguna perlu mengaktifkan sokongannya pada halaman tetapan khusus memandangkan ia mengumpulkan beberapa data melalui input pengguna.

Gboard Android

Perbezaan utama berbanding papan kekunci Google Keyboard biasa adalah penyertaan ikon “G”, yang mana membolehkan pengguna menekan padanya, dan membuat carian di Google serta-merta tanpa perlu meninggalkan sesuatu aplikasi.

Google juga memaparkan kandungan dalam bentuk AMP dengan kemas dalam Gboard bagi memudahkan lagi perkongsian kepada rakan-rakan yang lain.

Gboard Android

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Google Keyboard di Android, dan menggunakan fungsi baru ini. Selain daripada pengenalan untuk Android, Google juga dilihat telah mula menawarkan GBoard untuk iOS bagi semua pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd