Apple Dilaporkan Menolak Aplikasi “Samsung Pay Mini” Diterbitkan Pada AppStore

Apple Dilaporkan Menolak Aplikasi “Samsung Pay Mini” Diterbitkan Pada AppStore

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Samsung Pay merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung dalam memudahkan pembayaran dilakukan menggunakan aplikasi mudah-alih. Selain hanya pada peranti mereka, Samsung juga turut dilihat ingin menawarkan sokongan pembayaran mudah-alih untuk peranti lain melalui apa yang dipanggil “Samsung Pay Mini”.

Samsung Pay iPhone

Terkini, laporan baru hadir mengatakan Apple telah menolak aplikasi “Samsung Pay Mini” daripada diterbitkan di AppStore. Apakah sebabnya tidak diketahui. Untuk penerbitan aplikasi di AppStore, ia sering melalui pengesahan manual – dan sebelum ini, kita telah mendengar beberapa kali yang mana sejumlah aplikasi tidak dibenarkan untuk diterbitkan di AppStore.

Samsung sendiri dilihat telah mengesahkan penolakkan oleh Apple ini, dan dikatakan tidak akan menghantar aplikasi mereka kembali – sebaliknya memfokuskan kepada platform Android untuk pelancaran.

Samsung diperkatakan akan melancarkan Samsung Pay Mini pada CES 2017 kelak untuk peranti selain keluarga Android – sekaligus membawa platform pembayaran mereka kepada lebih banyak peranti dan bersaing dengan Android Pay.


TIPS & ULASAN