Masih Bermain Pokemon Go? Kemaskini Baru Menawarkan Beberapa Watak Pokemon Baru

Masih Bermain Pokemon Go? Kemaskini Baru Menawarkan Beberapa Watak Pokemon Baru

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Pokemon Go merupakan salah satu permainan yang telah menjadi perbualan ramai beberapa bulan lepas. Namun, disebabkan kaedah permainannya dan juga kurang kemaskini, ia semakin kurang dimainkan pengguna dari hari ke hari.

Kini, dalam usaha untuk membuat lebih ramai memainkannya pada musim cuti kini, pembangunnya telah mengumumkan pengenalan beberapa watak Pokemon baru pada permainan Pokemon Go.

Bermula hari ini, permainan Pokemon Go akan mula menyertakan watak Pokemon generasi kedua, termasuk seperti Togepi dan juga Pichu. Watak ini ditawarkan melalui telur, dimana memerlukan pengguna menetaskan telur bagi mendapatkannya. Disamping itu, permainan ini juga akan menawarkan watak Pikachu memakai topi Santa bermula hari ini sehingga 29 Disember kelak.

Sekiranya anda masih bermain Pokemon Go, atau mempunyai ia terpasang pada telefon pintar anda, mungkin boleh mengemaskini aplikasi Pokemon Go, dan mula menangkap watak Pokemon baru ini.


TIPS & ULASAN