Cari @ Amanz

Watak permainan video kini adalah sepopular watak filem animasi. Oleh sebab itu Nintendo baru sahaja mengumumkan pembukaan Super Nintendo World di Universal Studio Japan di Osaka. Taman teman baru ini dijangka siap pada tahun 2020 serentak dengan tahun Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik.

Super Nintendo World di Jepun ini ialah salah satu daripada tiga yang akan dibina. Dua buah lagi akan dibuka di Orlando Florida dan Hollywood California. Pelbagai watak popular Nintendo akan dipaparkan di dalam taman teman yang akan menelan belanja Yen 50 Billion (~RM 1.9 Billion) ini.

Kepada peminat Nintendo yang telah lama mengidam untuk melawat dunia Mario, Zelda dan Pokemon, anda hanya perlu menanti selama tiga tahun sahaja lagi untuk ia menjadi realiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd