Call of Duty: Infinite Warfare Boleh Dimainkan Percuma Selama Lima Hari Khamis Hadapan

Call of Duty: Infinite Warfare Boleh Dimainkan Percuma Selama Lima Hari Khamis Hadapan

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Call of Duty Infinited Warfare dilancarkan bulan lalu dan mendapat sambutan yang dingin dari peminat permainan komputer. Jumlah jualannya tidak setinggi permainan lain di dalam siri COD setakat ini. Antara sebab yang diberikan ialah pemain bosan dengan formula yang sama serta kemunculan Battlefield 1 yang memberikan pengalaman bertarung di Perang Dunia Pertama.

Pihak Activision akan membenarkan pemilik PlayStation 4 dan Xbox One memuat turun Infinite Warfare secara percuma Khamis hadapan. Mereka kemudian bebas memainkannya selama lima hari. Sepanjang tempoh ini mereka akan diberikan akses kepada dua misi pertama, peta multiplayer sehingga level 15 dan mod Zombie sehingga level 3. Dengan memberikan pemain mencuba dahulu Infinite Warfare, Activision berharap jualan permainan ini akan meningkat.


TIPS & ULASAN