Kemas Kini iOS 10.2 Kini Boleh Dimuat Turun

Kemas Kini iOS 10.2 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Kemas kini ke iOS 10.2 boleh dimuat turun oleh pemilik iPhone, iPad dan iPod Touch. Kemas kini sebesar 360 Megabyte ini membawakan beberapa penambahbaikan serta fungsi baru kepada peranti. Pertama sekali ini menambah 100 emoji baru yang menepati Unicode 9.0

Tetapan pada aplikasi kamera kini boleh disimpan dan diingati oleh peranti. Tiada lagi masalah perlu menetapkan semula kamera setiap kali ia dilancarkan. Live photo juga lebih stabil dan lancar. Sokongan RAW juga dipertingkatkan. Tiga latar belakang baru untuk iPhone 7 dan 7 Plus juga diberikan. Widget khas untuk video juga diperkenalkan. Paling penting sekali ialah Apple menjanjikan pelbagai penambahbaikan terhadap kestabilan peranti.

Kepada yang telah mengemas kini apa pendapat anda? Seperti biasa kami akan menanti selama seminggu sebelum mengemas kini bagi mengelakkan masalah pepijat yang sering muncul dengan setiap pengenalan versi sistem operasi baru.


TIPS & ULASAN