Cari @ Amanz

Amazon memperlihatkan sistem automasi Amazon Go mereka minggu lalu. Melalui sistem ini pelanggan sesebuah kedai boleh keluar dan masuk tanpa perlu beratur untuk membayar produk yang diambil. Ia boleh mengenali apa yang diambil dan bayaran dilakukan automatik menerusi aplikasi peranti pintar. Panasonic turut mempunyai sistem automasi belah mereka yang sedang dicuba di Osaka.

Kaunter bayaran dibuka di pasar raya Lawson. Bakul plastik pada pasar raya ini mempunyai sistem RFID yang membaca harga setiap produk yang dimasukkan. Proses mengira harga dilakukan secara automatik. Apabila tiba di kaunter bayaran, pelanggan meletakkan bakul ke kawasan khas yang kemudian memasukkan barang yang dibeli secara automatik ke dalam beg plastik. Sistem ini masih dalam proses percubaan yang dijangka mula digunakan secara meluas pada tahun 2018.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd