Cari @ Amanz

Xiaomi ialah syarikat yang terkenal dengan peranti pintar mereka yang dijual pada harga amat mampu milik. Di China mereka turut terlibat dalam penjualan pelbagai produk seperti komputer riba, penapis air, robot pembersih hampagas dan pemutar skru. Mereka baru sahaja melancarkan sebuah skuter elekrtik pintar hujung minggu lalu.

Skuter elektrik ini mampu bergerak sejauh 30 kilometer sebelum bateri sebesar 18650 mAh yang disertakan perlu dicas semula. Sistem bateri pintar boleh ditambat kepada peranti pintar bagi memberitahu pengguna tahap cas dan jarak perjalanan yang boleh dilakukan. Ia boleh dilipat dan hanya sebesar 12.5 kilogram kerana dibina menggunakan aluminium. Harga jualan skuter elekrtik pintar ini ialah RMB 1999 (~RM 1300) sebuah dan ditwarkan dalam warna hitam serta putih,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd