UiTM Akan Menawarkan Kursus Menghasilkan Figura Aksi Pada Tahun 2018

UiTM Akan Menawarkan Kursus Menghasilkan Figura Aksi Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Mengumpul figura aksi ialah hobi yang kami selami sejak 1998. Pelbagai figura aksi watak animasi dan komik barat ada di dalam koleksi kami. Ribuan ringgit telah dihabiskan semata-mata untuk mengumpul figura yang diminati. Antara pengeluar ternama figura aksi ialah Hot Toys, Dragon Toys dan McFarlane Toys. Malang sekali tidak banyak figura aksi tempatan dihasilkan. Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini kami hanya pernah mengumpul figura aksi BoBoiBoy dan Gengkey.

Menyedari kekurangan pilihan figura aksi ini memberikan idea kepada Rafuzan Jaafar, pensyarah Fakulti Seni Halus dan Seni Reka di UiTM Lendu memulakan program jangka pendek penghasilan figura aksi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar pada tahun 2018. Pelbagai teknik akan diajar bagi menjadikan watak animasi 2D kepada figura aksi yang boleh dipegang.

Dengan adanya kursus ini, figura aksi yang lebih memenuhi pasaran tempatan akan dapat dihasilkan. Kami tidak sabar untuk graduan kursus ini untuk menghasilkan figura aksi Aku Hidup Dalam Blues. Bagaimana pula dengan anda? Apakah figura aksi tempatan yang anda ingin dihasilkan?


TIPS & ULASAN