Aplikasi Dropbox Hadir Untuk Pengguna Xbox One

Aplikasi Dropbox Hadir Untuk Pengguna Xbox One

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

DropboxXbox masih tidak lagi dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Tetapi terdapat sejumlah penjual yang menawarkan set luar negara untuk pengguna tempatan, disamping menawarkan pelbagai permainan untuknya.

Terkini, untuk anda yang menggunakan Xbox One, anda kini boleh memuat-turun aplikasi storan awan Dropbox. Melalui integrasi ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai video dan gambar dengan mudah terus pada Xbox One – apatah lagi ramai yang menggunakan Dropbox untuk menyimpan pelbagai data dan dokumen.

Kehadiran aplikasi Dropbox ini mungkin tidak begitu mengejutkan ramai, memandangkan Microsoft sendiri melalui platform operasi baru menekankan kepada aplikasi universal yang boleh dijalankan pada komputer Windows 10, telefon pintar dan juga konsol.

Muat-Turun Dropbox untuk Xbox


TIPS & ULASAN