Google Dilaporkan Tidak Lagi Membangunkan Kereta Autonomi Mereka Tersendiri

Google Dilaporkan Tidak Lagi Membangunkan Kereta Autonomi Mereka Tersendiri

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Google merupakan antara syarikat teknologi terawal yang memperlihatkan sokongan kenderaan autonomi, malah telah turut hadir dengan sebuah kereta khusus bersaiz kompak yang tidak mempunyai stering. Kini, ia dilaporkan Google tidak lagi membangunkan kereta autonomi mereka tersendiri, tetapi lebih kepada bekerjasama dengan beberapa pengeluar kenderaan sedia ada.

Untuk peringkat awal ini, Google telah bekerjasama dengan Fiat Chrysler yang mana sedang membangunkan kenderaan prototaip untuk Google. Sekiranya ujian yang dilakukan oleh mereka berjaya, tidak mustahil untuk kita melihat ia dikomersialkan dalam masa beberapa tahun lagi.

Pihak Google sendiri dijangka akan membuat pengumuman lanjut mengenai hal ini dalam minggu ini – dan kita mungkin akan dapat melihat lebih dekat bagaimanakah visi Google untuk kenderaan autonomi ini.


TIPS & ULASAN