Opera Untuk Desktop Kini Hadir Dengan Sokongan Tukaran Mata Wang Asing

Opera Untuk Desktop Kini Hadir Dengan Sokongan Tukaran Mata Wang Asing

Diterbitkan pada Dis 13, 2016 oleh .

Opera 42 telah melalui fasa beta sebelum ini, dan hari ini ia dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia. Pada pelayar web desktop versi baru ini, salah satu fungsi yang mencuri perhatian adalah sokongan tukaran mata wang asing secara automatik dan pantas.

Opera 42 Beta

Dengan era globalisasi masa kini, mungkin anda membuat pembelian di pelbagai laman e-dagang antarabangsa dan ingin membuat tukaran mata wang ke Ringgit bagi memudahkan perbandingan dan membuat keputusan untuk membeli. Kini, dengan penyertaan sokongan ini secara terbina, pengguna boleh mengetahui sesuatu harga dalam mata wang tempatan dengan hanya meletakkan tetikus untuk beberapa ketika pada harga yang di highlight.

Selain daripada fungsi baru ini, Opera turut mengatakan kini pelayar web ini boleh dibuka dengan lebih pantas, selain menawarkan sedikit perubahan rekaan pada Personal Feed.

Muat-Turun Opera untuk desktop


TIPS & ULASAN