Pada bulan November lepas, ketika acara Adobe Max, pihak Adobe telah memperlihatkan perisian baru yang memudahkan pengguna mengintegrasikan grafik 3D dan 2D dalam satu karya. Perisian berkenaan yang dinamakan Project Felix, kini boleh dimuat-turun oleh semua pelanggan berbayar Adobe Creative Cloud.
Melalui apa yang diperlihatkan Adobe, mereka menyediakan sejumlah aset 3D yang boleh ditambah kepada grafik 2D dengan hanya drag-dan-drop. Seterusnya, ia akan menghasilkan karya berbentuk grafik 3D dengan mudah tanpa melalui proses yang sukar seperti sebelum ini. Antara aset yang disediakan adalah termasuk data daripada kaca, kayu, air, gelas, dan sebagainya.
Bagi anda yang mempunyai akaun berbayar Creative Cloud, anda boleh mencuba Project Felix ini hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Project Felix