Google Hadir Dengan Android Things – Platform Android Untuk Peranti Berhubung

Google Hadir Dengan Android Things – Platform Android Untuk Peranti Berhubung

Diterbitkan pada Dis 14, 2016 oleh .

Pada hari ini, Google sedia menawarkan Android untuk beberapa peranti selain daripada hanya telefon pintar – iaitu pada kenderaan dan juga televisyen. Membawa ia kepada lebih banyak peranti lain, hari ini Google telah memperkenalkan Android Things, yang mana menawarkan sistem operasi Android popular berkenaan untuk peranti berhubung (IoT).

Melalui Android Things ini, ia membolehkan para pembangun menggunakan platform Android dalam pembangunan, termasuk mengintegrasikan ia bersama Google Play Services dan juga Google Cloud Platform. Ia juga mesra untuk digunakan bersama Raspberry Pi 3, Intel Edison dan juga NXP Pico.

Dengan langkah ini, Google membawa visi untuk dunia berhubung setapak lagi, selain membolehkan ia diintegrasikan bersama Google Home atau perkhidmatan seperti Google Assistant.

Bagi anda yang terlibat dalam pembangunan, boleh mencuba Android Things hari ini yang ditawarkan dalam bentuk Developer Preview.

Layari : Android Things


TIPS & ULASAN