Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah beberapa kali menangguhkan pelancaran dan penawaran AirPods, iaitu fon telinga tanpa wayar daripada Apple yang ditujukan untuk pengguna iPhone. Selepas beberapa penangguhan, kini akhirnya Apple telah mula menawarkannya melalui Apple Store Malaysia, dan boleh ditempah bermula hari ini.

Apple AirPods ini boleh digunakan bersama iPhone, Apple Watch, iPad dan juga Mac. Ia turut hadir dengan cip Apple W1 khusus yang menawarkan penawaran audio yang baik, disamping kawalan penggunaan bateri. Dengan pengecasan penuh, AirPods ini boleh digunakan selama 5 jam lamanya. Kerangka khusus yang hadir bersama fon telinga ini juga berfungsi sebagai pengecas, dan ia sendiri boleh menyimpan pengecasan untuk beberapa kali.

Di Malaysia, Apple AirPods ini ditawarkan pada harga RM849, dan penghantaran akan dilakukan oleh Apple bermula minggu hadapan, 21 Disember 2016.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd