LG Dijangka Memperkenalkan Beberapa Telefon Pintar Baru Pada CES 2017
LG

LG Dijangka Memperkenalkan Beberapa Telefon Pintar Baru Pada CES 2017

Diterbitkan pada Dis 14, 2016 oleh .

Menjelang tahun baru, salah satu acara yang dinantikan ramai peminat teknologi seluruh dunia adalah CES. Ia bakal menyaksikan sejumlah peranti dan teknologi baru diperlihatkan. Terkini, menurut laporan VentureBeat, LG dikatakan mungkin memperkenalkan sejumlah peranti baru yang terdiri daripada keluarga LG K, LG X, dan juga sebuah peranti dengan stylus.

Ia dikatakan empat peranti LG K akan diperkenalkan, iaitu LG K3, LG K4, LG K8 dan juga LG K10. Kesemuanya dijangka menawarkan spesifikasi rendah-pertengahan dan hadir dengan paparan HD. Setiap peranti akan dibezakan melalui saiz skrin – iaitu masing-masing 4.5-inci, 4.7-inci, 5-inci dan 5.3-inci – selain turut dibezakan melalui sokongan kamera dan juga bateri.

Dibawah LG X pula, dua peranti dijangka diperkenalkan, iaitu LG X Power 2 yang hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, bateri 4500mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Satu lagi peranti dibawah LG X adalah LG X Calibur yang hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP68, selain bateri berkapasiti 4100mAh.

Dan akhir sekali, LG dijangka memperkenalkan LG Stylus 3 yang hadir dengan sokongan stylus terbina, selain skrin 5.7-inci, pengimbas cap jari, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

LG dijangka akan membuat pengumuman semua peranti ini secara berperingkat bermula minggu hadapan – dan dipertontonkan pada acara CES 2017 kelak.


TIPS & ULASAN