Snapchat ialah media sosial yang paling digemari golongan remaja. Ianya jauh lebih mudah digunakan dan dianggap lebih menarik berbanding Facebook yang kini dipenuhi golongan berusia. Pelbagai inovasi diperlihatkan pada Snapchat sehingga ia ditiru oleh Facebook dan Instagram. Oleh itu mereka harus sentiasa memperkenalkan fungsi baru bagi bersaing dengan syarikat kepunyaan Zuckerberg.
Kemas kini yang diperkenalkan hari ini membawakan beberapa fungsi menarik kepada Snapchat. Fungsi mesej berkumpulan kini disokong. Sebanyak 16 orang boleh menggunakan fungsi ini dan mesej yang dikongsi akan dipadam selepas 24 jam seperti mesej biasa.
Scissors ialah fungsi Creative Tools yang membolehkan gambar dipotong bagi menghasilkan pelekat rekaan sendiri. Paintbrush pula mengubah gambar yang disimpan di dalam Memories menjadi hasil seni. Akhir sekali Snapchat kini mengintegrasikan sokongan Shazam. Lagu yang bermain di latar belakang pengguna boleh dikenalpasti dengan menekan butang kamera di dalam aplikasi Snapchat. Muzik yang dikenalpasti kemudian boleh dikongsi kepada rakan-rakan terus ke Snapchat.
- Jangan lupa mengikuti akaun Snpachat Amanz disini