Cari @ Amanz

Sekiranya anda menjadi ibu bapa sekarang anda adalah generasi kedua yang berhadapan dengan pengaruh media sosial di dalam kehidupan anak-anak anda. Media sosial boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan tetapi adalah naif untuk mengatakan ia tidak membawa kesan yang negatif terhadap mental pengguna.

Sudah terdapat ribuan kes buli atas talian, gangguan seksual dan bunuh diri yang berlaku kerana penggunaan media sosial. Facebook sebagai platform media sosial nombor satu dunia membuka portal khas Parents Portal untuk golongan ibu bapa. Di portal ini terdapat pelbagai topik tentang bagaimana untuk mengawal penggunaan laman media sosial anak-anak mereka.

Terdapat juga ruangan khas berkenaan cara mengatasi masalah di atas talian seperti buli yang mungkin dialami oleh anak-anak. Dengan adanya portal ini ibu bapa mungkin boleh memahami dengan lebih dalam cabaran yang mungkin dilalui membesarkan anak di dalam dunia siber.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd