Cari @ Amanz

Apple MacBook Pro 2016 mempunyai model dengan skrin sesentuh Touch Bar pada bahagian atas papan kekunci. Pengenalan fungsi ini ialah inovasi terbesar yang dilakukan ke atas komputer riba popular ini dalam masa yang lama. Adobe akhirnya mengumumkan sokongan Touch Bar untuk aplikasi suntingan gambar Photoshop.

Pengguna boleh menetapkan beberapa pintasan pantas kegemaran kepada Touch Bar. Antara yang disokong ialah tetapan saiz, kada telus cahaya dan kekerasan berus boleh diubah menggunakan skrin sesentuh ini. Singkatan tetapan untuk setiap lapisan PSD juga boleh dilakukan. Sokongan Touch Bar diharap akan mempercepatkan lagi proses penghasilan karya pengguna Photoshop pada MacBook Pro 2016.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd