Relonch 291 – Kamera Digital Dengan Kecerdasan Buatan Dan Yuran Bulanan RM 440

Relonch 291 – Kamera Digital Dengan Kecerdasan Buatan Dan Yuran Bulanan RM 440

Diterbitkan pada Dis 14, 2016 oleh .

Kecerdasan buatan kini digunapakai pakai aplikasi pemesejan dan pembantu maya. Dengan teknologi ni automasi tugasan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Teknologi ini akan digunakan pada kamera digital Relonch 291. Kamera ini akan memilih gambar terbaik yang diambil, melakukan suntingan bagi pihak pengguna dan menghantarkannya kepada mereka setiap hari.

Kamera ini hanya mempunyai butang kuasa, pengatup kamera dan viewfinder. Pengguna tidak mempunyai kebebasan untuk mengawal tetapan kamera. Malahan skrin paparan untuk melihat gambar yang diambil dan slot kad SD juga tidak disertakan. Sebaliknya gambar hanya dipaparkan selama dua saat pada viewfinder. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu membayar yuran bulanan sebanyak $99 (~440).

Gambar yang sudah disunting oleh kecerdasan buatan akan dihantar kepada pengguna setiap hari. Di akhir bulan sebuah buku akan dihantar kepada pelanggan dengan koleksi gambar-gambar terbaik yang diambil oleh mereka.

Idea di sebalik kamera ini ialah untuk memudahkan proses mengambil gambar. Pengguna hanya perlu mengambil gambar tanpa perlu berfikir tentang kualitinya. Sistem kecerdasan buatan akan memastikan setiap gambar yang diambil akan kelihatan profesional. Relonch 291 dijangka memasuki pasaran pada tahun 2018. Adakah anda sanggup membayar wang untuk sistem kecerdasan buatan seperti ini?


TIPS & ULASAN